Saudara Raai, sebelum ini saya ada bertanya kepada saudara berkenaan
gambar yang terdapat kesan "grain" menggunakan nama mohdtj.
Merujuk perkara tersebut, saudara mencadangkan agar menggunakan f/stop
yang besar seperti contoh f4. Soalan saya :
1. Apabila kita
menggunakan aparture yang besar seperti ini, adakah
perlu kita menggunakan cahaya lampu pancar (flash)
2. Saya menggunakan filem ASA200, dan flash yang mempunyai
Lampu pancar (Flash)dengan GN54 dan menggunakan teknik bounce untuk mengambil
gambar. Hasil yang saya perolehi begitu mengecewakan. Gambar menjadi kurang
terang dan terdapat kesan grain seperti yang saudara terangkan sebelum
ini walaupun dalam ukuran 3R.
Soalan :
Adakah perkara ini terjadi kerana
filem yang digunakan tidak sesuai untuk menggunakan teknik bounce atau
pun kerana shutter yang dibuka terlalu laju dan bukaan cahaya (aparture)
yang kecil? Jika dilihat dari GN flash saya yang besar tidak memungkinkan
perkara ini berlaku.
Jawapan:
Assalamualaikum.
Saya faham masalah ini sering terjadi jika anda baru bermula dengan praktikal
bounce ketika mengambil gambar. Mengikut pengalaman saya, dan rakan-rakan
yang selalu (gemar dengan teknik ini), beberapa perkara harus diambil
perhatian,
1. Pastikan filem yang digunakan ASA 100. Gunakan f/stop besar dengan
shutter speed agak perlahan. Jika kamera anda warna merahnya 250, anda
boleh gunakan 1/60 atau 1/125.
2. Tentukan jarak silling tidak
terlalu tinggi. Cantiknya 15 kaki ke bawah.
Contoh silling rumah teres.
3. Lagi cantik jika ada cahaya
bantuan. Contoh cahaya yang agak terang dari lampu bilik.
4. Lampu pancar yang digunakan
kuat simbahannya. Gunakan mood full power atau gunakan mood manual. Pastikan
halaan flash tidak kebelakang model.
5. Jika silling agak tinggi,
gunakan kertas/ reflektor putih boleh dibeli/reka sendiri. Letakkan pada
permukaan flash.
Banyak faktor lain yang boleh membantu mencantikkan lagi, contoh model
yang yang putih, sekitaran yang cerah, pakaian yang cerah.
Saudara boleh teruskan praktikal ini, jika telah berjaya insyaalah anda
akan seronok. Teknik ini boleh membantu anda untuk menggantikan lampu
studio. Ramai rakan-rakan saya yang menceburi jurusan modeling menggunakan
teknik ini. Dan jika mampu gunakan dua flash serentak!
Insyaallah saya akan detailkan dalam tajuk Pencahayaan yang sedang saya
siapkan.